(Gambar) Kemalangan Ngeri Pada Tanggal 10.10.2010 Yang Membabitkan 6 Kenderaan : limauais.com | Its Just Blog

Its Just Blog

http://www.bitsblogs.com/ http://www.bitsblogs.com/ http://www.bitsblogs.com/ http://www.bitsblogs.com/ http://bitsblogs.com/ http://bitsblogs.com/ http://www.bitsblogs.com/ http://www.bitsblogs.com/ http://www.bitsblogs.com/ http://www.bitsblogs.com/ http://bitsblogs.com/ http://bitsblogs.com/

More and more...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

(Gambar) Kemalangan Ngeri Pada Tanggal 10.10.2010 Yang Membabitkan 6 Kenderaan : limauais.com













Perodua Myvi yang dihempap oleh bas ekspress Delima
Tarikh 10.10.2010 bukan sahaja menjadi tarikh keramat bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetapi jugak tarikh yang amat memilukan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di kilometer 223.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Sebanyak 6 kenderaan terbabit di dalam kemalangan maut ini iaitu Bas ekspress Delima, Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda Accord, dan Toyota Hiace.
Kemalangan yang membabitkan 6 kenderaan ini mengorbankan 12 orang dan 40 orang yang lain cedera parah.
Kemalangan ngeri ini disifatkan paling tragis untuk tahun ini.
Kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit menghempap dua kereta dan kemudian melanggar sebuah van sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
PERHATIAN: Gambar di bawah sekadar untuk paparan umum dan memberi pengajaran kepada pengguna lebuhraya di Malaysia.


Honda Accord yang remuk teruk.
Pandangan hadapan kereta Honda Accord.
Pandangan hadapan kereta Honda Accord.

Mangsa-mangsa yang cedera menunggu untuk diberikan rawatan.

Seramai 40 orang yang cedera.

Orang ramai turut tidak ketinggalan untuk melihat kemalangan tersebut.

Kesesakan yang amat teruk berlaku apabila laluan ke selatan di tutup.

Toyota Vios yang terbabit.

Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengalami sedikit kerosakan di bahagian kanan.

Honda Accord yang remuk teruk.

Pasukan Bomba bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa.
LimauAis: Yang pasti kelajuan membunuh. Kepada pembaca LimauAis, memandu lah dengan selamat biar lambat asalkan selamat.
UPDATE: Berikut senarai nama 11 dari 12 mangsa yang maut kemalangan bas yang telah dikenalpasti:
1. Ramachandra Ramasamy, 52 tahun pemandu bas Delima Ekspress dari Batu 3 3/4 Kg Tengah Klebang Besar, Melaka.
2. Muhammad Farrizudin Talib, 19 tahun dari Batu 3 Balai Panjang, Melaka
3. Nurshapika Baba, 19 tahun dari Pokok Mangga, Melaka
4. Azizi Ajiz, 20 tahun dariBt 27 Kg Gapis Nyalas, Asahan, Melaka
5. Norazmi Abdul Karim, 24 tahun dari Bt 20 Kg Pondok Kempas Selandar, Jasin Melaka.
6. Cin Thwa Tuang (Warga Myanmar)
7. Pau Khan Tual, 21 tahun (Warga Myanmar)
8. Kam Khaw Tual, 19 tahun (Warga Myanmar)
9. Ng Sok Kwan, 50 tahun
10. Shorene Sofea Fadzry Tan, 18 tahun dari Taman Semabok Perdana, Melaka
11. Goo Chuan Heng, 34 tahun (Pemandu Van) dari Taman Maju, Batu Pahat, Johor.
12. Identiti belum dikenalpasti.
Jumlah – 12 kematian.
UPDATE 1: 3 lagi mangsa yang cedera parah, meninggal dunia hari ini. Menjadikan kesemuanya 15 maut dalam kemalangan ini.


Sumber: LimauAis

0 comments:

Post a Comment